Pages

Translate

Search This Blog

09 June 2014

Biskut Nestum Rangup Ben 10

Semangat buat kuih raya 2014 dah datang.

Ntah lah, ada sesuatu yang rasa tak best sejak balik tca kat penang hari tu, jadi bila dapat buat kuih/biskut ni rasa puas hati sangat2. ala2 lepas tension gitu hehe

untuk kali ni, biskut nestum coklat cip Ben 10 , resepi daripada majalah saji jun 2014


Memang tidak menghampakan. Crispy dan sweet dia cukup2 je.

Jom tengok resepi saji ni, dapat dalam 125 biji biskut ben 10 tu


250gm mentega
3/4 cawan gula perang kisar halus ( saya guna gula kastor je)
2 biji telur kuning
1 sudu esen vanilla
2 cawan nestum
3 cawan tepung red rose
1/2 sudu penaik
3/4 cawan coklat cip
coklat masakan
pewarna hijau


Cara- cara nya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla

3. Masukkan nestum, tepung red rose dan gaul sebati


4. Masukkan coklat cip dan gaulkan hingga jadi adunan biskut sebati

*dia bukan jadi macam doh biskut yang boleh terap2 tu ye, yang ni memang lerai c;


5. siap doh, boleh panaskan oven biskut dulu

6. sekarang dalam posisi yang selesa, anda boleh mulakan sesi mengepal biskut nestum
( " ,)

7. siap kepal2 dan bulatkan adunan, boleh bakar dalam oven ( api atas bawah) 160-180 degree 15-20 minit ( ikut oven masing2)


8. lepas bakar, biarkan biskut diam atas redai supaya sejuk sebelum masukkan dalam cawan kertas

9. Dengan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan putih dan letak atas biskut


10. simpan sedikit/ ambil balance coklat putih cair tadi dan letak pewarna hijau

11. guna piping bag, buat corak bulatan yang macam dalam kartun ben 10 tu c;


* yang arrow atas tu, adalah 2 cup yang terrr curah coklat cair hijau hehe itu sebab beg piping tu meletops, accident hihi

sebenarnya kalau makan biskut dia sahaja mungkin kamu semua ingat biskut ni untuk pesakit diabetic hehe sebab tu kena makan dengan white coklat tu sekali c:

tapi resepi ni memang best. saya mula sukat barang buat aduanan sampailah siap bakar ambil masa 2jam setengah je c;

next time off petang nak buat cookies tart bunga pula!!






No comments: