Pages

Translate

Search This Blog

22 March 2014

Pau Kelapa Gula Melaka

Entry on 8/2/2014

Semalam emak dan abah tg Malim ke Ipoh.Sengaja datang jalan2. Tapi sebab abah tertinggal insulin di rumah, sempat 1 malam je tido kat sini :c

Erm kali ke 2 buat sendiri pau.Special untuk mak, buat ikut resepi asal emak je sebab nak bodek c; tapi edit sikit juga haha


Terus terang saya tak tahu apa beza gula anau dengan gula melaka. Mungkin pokok lain kot huhu tapi saya kali ini pakai gula melaka sebab sedap!

1. Hiris gula melaka.

Sila pakai gula melaka ori kalau nak senang hiris sebab lembut je.

Kalau nak merasa berkesan dek pisau, beli lah gula melaka yang campur gula ++ tu hehe


2. Satukan 1/2 biji kelapa putih parut bersama gula melaka dan 2sudu gula pasir

Buka api dapur dan kacau sampai sekata dan agak2 kering sikit air dia

* Mak mertua saya buat inti kelapa dengan gula perang ketul tu. Boleh je cuma kena tapis la buang pasir

Dan mak mertua saya letak air juga dalam 1cawan.

3. Kacau sampai inti kelapa kering

Rasa kalau nak extra manis tambah lah gula lagi ya. Saya dah ok manis2 buah lebih macam ni c;


4. Siap inti kelapa,sejukkan.

Inti kuih apa2 pun lebih bagus buat awal.

Sebab kalau malas nak buat kuih pun tak apa sebab dah ada ready made inti dalam fridge tu c:

tak habis uli lagi ni tau, kene uli sampai licin hehe

5. Dalam besen, gaul rata je 500gm tepung pau blue key bersama 1 sudu yis

( tak jumpa lagi tepung pau hong kong tu huhu)

6. Masukkan 1 sudu teh double baking powder diikuti 2 sudu minyak sayur

Sebab saya masih lagi nak buat ujikaji dan sedikit derhaka pada resepi asal, tu yang letak lagi penaik ni hihi

7. Masukkan 1 sudu gula dan secubit garam.

8. Tambah air dan uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.

* beza dengan resepi pau sardin dan kaya dulu:

- tak perlu bancuh dulu yis tu dalam air sampai naik buih2
- tak letak susu tepung sebab terlupa (erkk!!!)hehe


9. Kecikkan doh dan letak inti kelapa dalam kemudian bulatkan

10. Lapik dengan daun pisang dan susun dalam kukus


Macam biasa mentang2 rumah saya ada pokok pisang, jadi mestilah pakai daun yang wangi tu kan hehe

Ops sebelum tu sila panaskan air sampai mendidih baru letakkan kukus ya

11.Kukus pau sampai masak ( kalau kecik dalam 5 minit, kalau besar dalam 7 minit macam tu)


Siap dan boleh nyum2 hehe tahu apa yang buat saya tension??

Arghh!! Pemegang penutup kukus tu boleh tercabut masa nak buka kukus!!

Habis jatuh wap atas pau!

Sedih tu kulit pau agak kurang cantik jadi nye huhu

Kena minta hubby belikan kukus baru ni hehe kan daddy? c:






No comments: