Pages

Translate

Search This Blog

07 March 2014

Ayam Masak Kicap Ajim

Plan asal nak keluar ke tesco bawa hazim jalan2.kemudian ke kedai santan buat ayam masak lemak.

Dah keluar rumah rupanya kunci kereta ntah ke mana.nasib baik kebetulan sy memang bercuti hari ni.

Abang ajim? Mengamuk juga lah kejap dah penat2 dia bersiap tak jadi jalan2 pula hehe


Jeng2. Beso benor pic nye ye jah hehe tension ni dapat masak ayam masak kicap je hehe

Siapa tak tahu buat ayam masak kicap? Meh sini berguru ngan abang ajim ( ",)

1. Gaul ayam ( 1/2 ekor potong2 kecil) dengan kunyit dan daram- goreng 3 suku masak

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau

3. Masukkan air asam jawa

4. Masukkan kicap pekat + kicap manis habhal ( apa2 kicap pun boleh ikut suka)

5. Masukkan ayam goreng tadi, kacau sampai mendidih

6. Masukkan bawang besar hiris bulat dan lada besar untuk hiasan

* kali ini saya tak pakai air asam, letak perahan lemon je 1/2 biji

Haaa macam biasa semua bahan2 tu agak2 je ( ",)


Tengok anak bersemangat makan, rasa macam nak masak sedap hari2 je. Best juga kalau jadi suri rumah kan c;


No comments: