Pages

Translate

Search This Blog

28 March 2014

Adenium obesum@ Kemboja Cina: cAnTiK!! c:


Alhamdulillah..Pokok kemboja cina dah mula berbunga!

Berkat kesabaran ni..haha

Mestilah excited, daripada saat dia hampir2 pupus di Penang dulu sampai bertahan bawa ke Ipoh c:


Pic 5 days back. Kalau bandingkan dengan picture atas tadi, 2 bunga kiri dan kanan tu masih terkatup lagi

Buat pengetahuan, pokok sebenarnya hadiah daripada SN Jam masa di hospital Penang dulu


Menurut kata tuan punya pokok,pokok kemboja cina ni ada kembar. Satu dia beri pada saya.

Hah, malahKembar dia dah berbunga pun tahun lepas lagi! sob sob..nasib baik belum terlambat hehe

Pokok ini pula hampir kesemua daun meluruh -sebab tu tinggi kurus je sebelum cabang baru huhu

Hehe ok lah kan untuk orang baru nak menanam haha


Ini pula pic 2 minggu lepas. Baru je lepas letak baja beli di nursery.

Seronok bila nampak pokok yang asalnya hampir bogel dek luruh daunnya, mula bercambah daun baru.

Paling best bila berputik nak berbunga pula c:. Barulah naik seri halaman rumah ni. Walaupun rumah sewa aje kan haha

p/s: hati2 tanam pokok hiasan ya kawan2, takut terkena pokok cantik tapi beracun macam di penang dulu

Info:

Adenium obesum atau lebih di kenali sebagai kemboja cina merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab.

Juga digelar dengan gelaran 'desert rose' iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.

Adenium ini boleh dibiakkan dengan cara keratan batang dan biji benih. Untuk penanaman adenium perlukan tanah yang senang air mengalir jadi campurkan tanah dengan pasir sungai ketika proses penanaman. Ia memerlukan cahaya yang banyak dan sedikit terlindung untuk hidup subur dan berbunga cantik.

Hanya siram sekali sehari ketika cuaca panas. Manakala pembajaan pula baja najis ayam paling sesuai untuk adenium tetapi boleh juga gunakan baja biji untuk kesuburan pokok ini.


* In short, ini Pesanan Staff Nurse SitiNoor dan Kak Jam dulu

- pokok ni kene cukup dapat cahaya matahari
- Jangan siram air banyak2 nanti akar pokok rosak
- Letaklah baja secukupnya ( tak percaya cuba lah try, jangan letak baja langsung hehe)

Next on the list: Nak cari benih bunga dahlia pula.Macam cantik je kan c:

1 comment:

Anonymous said...

Kemboja 👍... sya ada 17 pasu dah.. minat penting.. tp kdg2 rasa tertekan gak.. bunga tiap musim bunga naik.. tp ada yg mcm terbantut pn ada.. baja organik dh tetapkan setiap mggu pd hari sabtu.. hehe..