Pages

Translate

Search This Blog

29 January 2014

HomeMade Roti Canai Pak Ngah & Mertabak Mama c;

Terasa lagi penangan roti canai pak ngah bangi, tq sebab simpan bekukan roti canai tu then pos naik kereta ke tg malim c;

Roti canai ni resepi emak tg malim yang pak ngah dah modified sikit.Apapun tetap sedap!

Ok.petang ni sabtu jadi opah ke pasar belikan kudap- kudapan.

Saya pula? Jom buat mertabak!!

Kali ini buat 2 jenis mertabak terus

1. Mertabak sardin
2. Mertabak kucai c:

BAHAN- BAHANNYA :


1. 2 ulas Bawang besar dan 4 bawang merah kecil- dihiris
2. 4 biji lada besar merah
3. 2 sudu gula makan dan 2 2sudu cuka makan
4. 1 tin sardin
4. Sedikit sayur Kucai
5. 4 biji telur

Untuk membuat cicah sambal bawang:

Gaulkan bawang merah yang telah di hiris bersama gula dan cuka- simpan dalam peti ais

Kalau rasa nak menyala lagi merah tu, letaklah sirap ros sikit

(guna bawang besar pun boleh, saya guna bawang merah kecik sebab nak 'pedas' sikit c;

Untuk isi mertabak kucai:



Pecahkan telur dalam mangkuk
Pukul sekata bersama bawang besar dan lada besar hiris
Masukkan potongan kucai dan gaul sebati
Letak sedikit garam

Untuk isi mertabak sardin:


Lenyekkan sardin bersama kuah dia, masukkan telur 2 biji dan pukul rata
Masukkan bawang hiris dan lada besar hiris
Sertakan sedikit garam


Haa ini pula inti sardin bersama daun kucai,campur je semua sebab nak habiskan bahan. c:

Lepas siap inti2 tadi, tebarkan roti canai tu dan letak inti

Lapik dengan tudung periuk ye dan gunakan minyak secukupnya untuk tak beri melekit

Masak roti mertabak sampai siap

* Guna tudung periuk supaya senang masa nak letak atas kuali bakar


Ini picture mertabak sardin dan mertabak kucai yang dah siap. Tak ada pic masa menebar roti ye sebab tangan tuan punya camera berminyak bagai (" ,)

Sedap? Mesti la hihi habis 8 keping mertabak petang tu. Sekeping lagi simpan dalam peti ais untuk makan pagi sebab masing2 perut dah full!

Senang kan??c:



No comments: