Pages

Translate

Search This Blog

04 August 2013

Resepi Mudah Biskut Semperit Tradisi

Hampir semua rumah mesti ada biskut semperit. Malah rumah ibu bapa saya juga, semperit antara biskut wajib yang mesti ada selain biskut cornflakes c:

Kalau tahun lepas, resepi majalah saji, tahun ini saya cuba resepi chef kamarul pula, cedok dari wanista pula c:


berbakat seni en hubby, dia pulak yang pandai buat bunga semperit ni hehe


yang ada chocolate rice tu mama qalesya yang buat (",)


Bahan2 :

Margerin:Buttercup 375g ( saya gunakan marjerin Planta)
1 1/2 cwn gula
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung jagung
3 biji telur
sedikit esen vanila
coklat rice/ ceri merah atau hijau untuk menghias

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
2. Ayak tepung ketiga2 tepung supaya tidak berbintil
3. Pukul mentega dan gula (nak cepat guna mixer je, sambil tu boleh ayak tepung hehe)
4. Masukkan telur satu persatu di ikuti sedikit esen vanila
5. Kemudian masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk kayu
6. Uli hingga menjadi doh dengan tangan
7. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan hias dengan coklat chip/ceri/coklat rice ikut kretiviti masing2
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 10-15 minit
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara

Rasanya saya lebih suka semperit tahun lepas kot. Yang ni walaupun berlemak dan rangup tapi masih kurang urmph dari resepi tahun lepas hehe

Selamat Membuat Persiapan Aidilfitri semua!

Shaklee kami dan konsultasi masih terbuka walaupun sedang bercuti ya. Jangan segan2 nak contact pulak ok ( " ,)


No comments: