Pages

Translate

Search This Blog

23 August 2013

Resepi Kek butter & Kek Sarang Semut

Nak share resepi di pagi hari hehe

Resepi kek butter Opah tm c;


sebab terlalu kerap buat, kek kali ni bagi daddy hazim je buat sebab nak cepat bawak balik kg c:

Cara2 buat kek butter ni basic, so pasni kalau nak ubah buat kek coklat ke apa2 ke sama je..modify sket2 je

1. Pukul 1cwn planta dengan 1cwn gula sampai kembang
2. Kemudian masukkan 4 biji telur (kalau kecik 5/6 bj pun boleh) satu persatu
* Jangan gula kalau telur tu sejuk @ putih telur cair, nanti kek tak cantik (",)

3. Masukkan sedikit esen vanila + 2 sudu susu pekat

4. Bila siap,dengan senduk kayu, kaup balikkan dengan tepung kek (2cwn tepung yang telah diayak)
* kalau gunakan tepung gandum, tambah 1sudu teh separas baking powder+ soda bikarbonate

5. Masukkan dalam loyang yang telah digris/lapik dengan kertas minyak bakar kek
* kadang2 saya tambah 1 sudu oren sunQuick.Untuk pewarna pula, ikut suka masing2

6. Kemudian, Bakar dalam oven ikut kesesuaian suhu masing2
* macam kek ktorang ni, pakai oven dapur gas je hehe

7. Cucuk dengan hujung pisau atau lidi untuk tahu masak atau tidak (licin tu masak lah)

Resepi kek sarang semut


kek ni buat masa di rumah tg malim, atas pantauan opah (" ,)

Resepi kek sarang semut ni hasil google2 bersama pandangan mak kat tm. Tak sempat nak cari buku khazanah mak kat rumah tu, ntah mana letaknya dalam almari tu hehe

Sebab en hubby suka, tu yang sampai menggoogle bagai. Hehe nasib baik jadi hehe tapi kalau sesiapa ada tips bagi sarang tu beso cantik tapi tak rasa plastik, harap boleh share kat saya ok c;

Bahan2:

1 cwn tepung gandum
1 cwn gula pasir
1 cwn air
4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 sudu butter
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara2nya:

1. Panaskan gula dan kacau dalam periuk sampai cair dan warna keperangan (jangan sampai hangus atau warna gelap sangat nanti kek rasa pahit )

2. Perlahankan api, masukkan air perlahan- lahan (hati2 ye, terkena panas pula nanti)

3. Masukkan butter, kacau sampai cair. Alih periuk dari dapur dan biarkan sejuk

4. Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang dan masukkan susu diikuti tepung (ayak bersama soda bikarbonate dulu)

5. Letak sikit esen vanila untuk buang hanyir telur

6. Kemudian, masukkan gula hangus tadi

7. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus sampai masak


**

Ada juga jumpa resepi kata jangan pukul telur tu dan peram 1-2 jam, erm mungkin lain kali boleh try hehe

Apapun, kek dah Siap!! c:




No comments: