Pages

Translate

Search This Blog

19 July 2013

Tips penjagaan rambut wanita berhijab

Semua orang mesti nak rambut cantik. Terutama bagi wanita, tidak kira bertudung atau tak rambut tetap merupakan mahkota! c:

Saya sendiri sejak dari sekolah menengah ke universiti, rambut memang kerap dan banyak gugur. Terutama kalau dekat2 study week, sebelum exam tu. Haha nasib baik tak botak!

Ok Stress memang salah satu faktor kenapa susah nak dapatkan rambut yang sihat, hitam berkilat dan bermaya. Alhamdulillah, sejak mengenali Shaklee, rasa nya life is more easier!!

Pengamalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting, jadi saya mula berjinak2 dengan supplement B complex, Zink dan vitamin C.Sayur dan buah tu jangan cakap lah. hehe

Dari segi cucian rambut, gunakan Prosante. memang best!! c:

*

Jom tengok tips penjagaan rambut wanita berhijab dari nona:

Jika penjagaan rambut diabaikan, rambut akan mudah rosak dan berkelemumur. Maka, apakah yang harus anda lakukan?

JENIS RAMBUT

Adakah rambut anda jenis normal, berminyak atau kering? Ketiga tiganya mudah mengalami masalah kelemumur.

Setelah anda mengenali jenis rambut, pilih syampu yang sesuai. Rambut yang berminyak perlu menggunakan syampu yang berasaskan oil control. Rambut kering boleh dilengkapi dengan perapi untuk melembutkan rambut.

Sekiranya anda gemar mewarna, mengeriting atau rebonding, anda memerlukan perawatan yang khusus untuk rambut.

KENALI AKTIVITI

Adakah anda seorang yang aktif atau sering terdedah dengan persekitaran?

Dengan mengenali dan menyedari aktiviti anda sehari-hari, anda boleh memilih jenis hijab yang sesuai serta mudah menyerap peluh dengan baik. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kesihatan rambut anda.

MENCUCI RAMBUT

Menurut pakar, rutin terbaik untuk mencuci rambut ialah sekali dalam 2-3 hari.

Pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Tidak seharusnya mahal, asalkan ia sesuai dengan anda seterusnya menjadikan kulit kepala terasa bersih, segar, lembut, lurus, lebat, bebas kelemumur serta terlindung daripada sinaran UV.

MANJAKAN RAMBUT

Sekali sekala berikan perawatan ekstra buat rambut anda. Contohnya menggunakan creambath di salun pilihan.

Namun, jika anda seorang yang sibuk dan tiada masa untuk ke salun, usah bimbang. Kini, terdapat pelbagai syampu yang lengkap dengan rangkaian perawatannya, bermula dari syampu hinggalah ke perapi.

Setelah mencuci rambut, sapukan perapi kemudian bersihkan dengan air bersih.

Gunakan syampu dan perapi secara berasingan kerana fungsi syampu ialah membersihkan helaian rambut dan kulit kepala. Sementara perapi untuk melembutkan saja.

TERDEDAH KOTORAN

Rambut boleh menjadi punca kepada pelbagai kuman dan debu.

Sekiranya rambut anda tidak bersih kerana kurang penjagaan, elakkan menyentuh bahagian tubuh yang lain seperti wajah terutama ketika basah.

Kuman dari rambut yang anda sentuh akan mudah dipindahkan ke wajah. lebih parah jika kulit wajah anda jenis berminyak dan berjerawat.

Maka, jagalah kebersihan rambut anda sebaik-baiknya. Cara lain ialah gantikan sarung bantal secara kerap kerana segala kotoran yang terlekat pada sarung bantal akan menyebabkan jerawat.

PILIH TUDUNG
Pastikan anda memilih tudung yang ‘mesra’ dengan rambut serta sesuai dengan keadaan.

Contohnya ialah jika ke tempat kerja, pilihlah yang berfabrik lembut dan tipis bagi memudahkan peredaran udara keluar masuk.

GANTI TUDUNG SETIAP HARI

Pastikan anda tidak mengulangi tudung yang sama secara kerap. Ini kerana tudung tersebut pastinya sudah terserap peluh dan kotoran sewaktu anda memakainya.

Disarankan supaya anda menganginkan terlebih dahulu tudung yang telah anda pakai sebelum mencucinya.

Namun, jika anda memakainya dalam tempoh yang singkat contohnya ke kedai berhampiran, ia bolehlah digantung dan dipakai kembali. Namun, elakkan memakainya untuk ke tempat kerja.

DAPATKAN NASIHAT PAKAR

Anda boleh mendapatkan nasihat pakar farmasi untuk syampu yang sesuai.

Perlu diingat, masalah rambut kadangkala bukan disebabkan cara anda menjaga dan mengendalikanya. Mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendiri jika anda tidak mencari penyelesaiannya.

ELAK GOSOK RAMBUT TERLALU KASAR

Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, lurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut.

Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Jangan gosok rambut dengan kasar.

SIKAT RAMBUT APABILA PERLU SAHAJA

Namun, jangan biarkan sampai tidak terurus. Jika selalu sangat menyikat rambut, menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak berlebihan.

ELAK GUNA PENGERING RAMBUT

Supaya rambut tak mudah kusam.

Jika anda tetap memilih pengering rambut, gunakan pada suhu tinggi kerana suhu rendah akan mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut.

Risikonya, rambut lebih mudah rosak.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)



2 comments:

Anonymous said...

Hi
This picture is my face
http://noa-neels.deviantart.com/art/Red-veil-209203689

Could you remove it please, or a least credit me ?
I'm not very happy with the credit you put on it
Thank you

mommyqalesya said...

hi my dear friend anonymous,I am really sorry about this. my purpose was actually at your quotes ( maybe somebody else) because it was great!! I will remove your pic asap by tonight, insya allah c: