Pages

Translate

Search This Blog

05 May 2013

Tanggal 5 Mei 2013 dan PRU 13 c:

Alhamdlillah, tepat pukul 5ptg tadi selamat tutupnya masa mengundi.Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawap pada PRU 13.

Semoga setiap yang melaksanakan tanggungjawab tersebut dapat membuat keputusan yang bijak demi pembangunan AGAMA Islam,BANGSA Melayu, dan NEGARA Malaysia.

Sebenarnya, inilah buat pertama kalinya saya mengundi. Cuak juga sebab memikul tanggungawab sebagai 'BOS OF THE DAY' hehe c:

Dulu, saya sedikit pon tidak ambil peduli tentang mengundi. Pendapat saya, pasti kerajaan sedia ini akan menang lagi. Tambahan pula masa itu sy sibuk belajar MBBS. Tapi, setelah bekerja, saya mulai sedar betapa pentingnya mengundi, kerana KITA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN DIRI SENDIRI!!

Pukul 7.30pagi lagi suami dan family bergerak ke tempat mengundi di pekan T. Intan. Kemudian, dalam pukul 9.30pg kami bertolak ke Tg Malim pula untuk mengundi.

Dalam perjalanan, abang long hazim dan adik Qalesya kedua2 tidur dalam kereta. Jadi, dapatlah kami ikut jalan dalam je tak perlu highway hehe.

Sebelum 12 tghr kami selamat sampai ke Tg Malim. Kali ini saya pua yang akan mengundi. Qalesya tinggal di rumah Atok bersama daddy .Abang long ajim pula saya bawak ke tempat mengundi. Lagipun kedua2 adik sy (pak Ndak dan Pak cu) ikut. Kazen hzim, Yaya pon ikut. Hehe sambil2 jalan2 makan angin c:

Sekarang suami, opah, mak teh dan pak ndak pula sibuk berkampung depan tv. Suami dan pak ndak sambi2 pegang Ipad dan Samsung Note masing2. Aih meriah sungguh..hehe

ATok pula dah masuk tido selepas balik isyak tadi. Doa2 semoga keamanan dan kemudahan untuk beribadat yang kita kecapi sebagai umat Islam selama ini akan berkekalan, kata Atok.

Sesungguhnya Ya Allah, berikan perpaduan kepada kami semua bangsa Melayu dan umat Islam. Jauhilah kami dari berpecah pelah Ya Allah. Satukanlah kami dan Jauhilah kami daripada dijajah..

Amin..



**

Oh ya, nasib baik esok 6th May Penang telah diumumkan public Holiday. Hooreyy!! hehe

Tapi saya pula sebenarnya memang awal2 lagi da ambil cuti esok pon. Mana taknye, mau pengsan drive penang-> T. Intan->Tg Malim->Penang semula dalam 1 hari!! c:



No comments: