Pages

Translate

Search This Blog

31 May 2013

Peringatan buat saya dan Ibu Bapa sekalian..

Sob sob..mainan adik hilang!!

Esok kenduri kahwin mak long di PJ. Kelam kabut saya bersiap. Nasib baik saya sempat lagi breakfast kat rumah dulu dengan ESP Shaklee. Buat alas perut dulu hehe kalau tak mahu cepat kena gastrik pula (“ ,)

Emak ngan family paksu pukul 7.30 lagi dah bersiap. Adik qalesya pulak boleh tengah lena lagi dalam buai! Family kami la pulak yang paling lambat bersiap hehe

Pas breakfast di dataran Speedy, terus bertolak. Mutivitamin, Vit B comp ngan vit C macam biasa saya ambil dalam kereta je pas breakfast. Hehe nak breasfeeding adik la katakan, mesti maintain sihat ni.Chayok2 c:

Kami sampai kl jam 11. Erm, nak check in hotel pun belum masa lagi. Hehe apa lagi, jom jalan2 Sogo KL. Yeayy2 sampai!! kata abang long hazim {hazim haziq ni bila2 Nampak bangunan pasaraya je sure excited kua ayat tadi)


tempat dating saya and hubby masa belajar di UM dulu..naik tren lagi jalan kaki hehe

Masuk je Sogo, masing2 meragam. Adik tak mahu baring dalam stroller. Aih sebelum ni baik je. Hari ni tak mahu pulak! Siap nak duduk dan berdiri dalam stroller lagi. Mungkin sejak mula adik aktif merangkak ni, memang selalu sangat suka berdiri nak panjat!

Tukar, letak abang hazim pula. Handle stroller kena pusing semula ke posisi asal. Tinggikan seat, pasang seat bealt.

Oh meragam juga abang ni, nak duduk dalam stroller tapi bila berhenti jalan je terus selak. Adoii kesian la uncle Mohsin tu kene pusing tanpa henti sementara nak tunggu lift tu buka pintu

Saya pulak dari Penang lagi dah plan nak cari handbag besar untuk tempat kerja. Boleh letak semua hartA karun plus telekung siap p kerja hehe 2x pusing floor tu.

Last2 ada jugak la ter berkenan dengan bag Sembonia tu tapi yang tinggal cuma display item je. Hubby pulak muka dah Nampak lain. Oh faham2 dengan askar kecik 2 orang ni memang susah nak shopping.

CANCEL beli bag!!Kenapa ye? Ntah la..tetiba rasa macam tak puas survey tadi. Lagi pun dengan budak2 kecik yang meragam, memang tak boleh nk shopping. Kesian juga budak2 tu, mungkin lapar, letih atau mengantuk pun boleh jadi. Kesian mama jugak!!sob sob

Pastu bawa adik masuk stroller semula, umpan dengan S4. Ha..tak boleh jadi ni, dibuatnya adik campak keluar, naya je hp baru ni. Naik tingkat 4 nak beli mainan loceng.

Lepas bayar, terus buka mainan adik. Siap mintak gunting dari casher lagi hehe.



Soft toy ni hampir sejibik macam mainan adik..yang asal tak sempat pun nak snap pic die sebab tinggal kotak je lalalala :c

Pas beli terus nak p ke arah lift. Dengar budak2 bising. Eh bunyi loceng ulat adik senyap je?Tersentap betul Nampak mainan adik dah tiada. Terus angkat adik dukung. Sebelah tangan lagi tolak stroller kosong.

Sedih. Memang tak ada rezeki kali ini. Tapi dalam hati tetap bersyukur, nasib baik cuma mainan yang hilang!! Yelah,sekarang ini pun banyak kes kanak2 hilang di pasaraya. Ya Allah, minta2 dijauhkan!! Amin..

Oh positive thinking, mungkin adik campak mainan ke lua dan ada budak lain ambil kot..huhu

Akhirnya pukul 3petang baru kam check in di hotel Brisdale. Asalnya nak tidur hotel lain tapi sebab lambat booking, ini je yang tinggal pun.

Ok ke Brisdale Hotel ni? Erm boleh la tahan hotel ni kalau untuk 'kecemasan yang tak cemas' huhu tapi esok saya memang nak letak complain letter!! Buat kalian semua, hotel ini sangat2 tidak dicadangkan ye melainkan hotel2 lain sume full!!


Adik Qalesya and abang hazim tidur lena pas mandi di hotel..suka air cond ya (“ ,)


**
Anda semua boleh download panduan keselamatan kanak2 di sini: (hasil usaha sama Malaysian Paediatric Association bersama Ministry Of Health dan agensi )-->

http://www.scribd.com/doc/21550181/Panduan-Keselamatan-Kanak-kanak

1 comment:

Rahasia Hidup Sehat said...

Nice blog sobat... membalas kunjungan sekalian follow back, salam kenal dan sukses selalu :)