Pages

Translate

Search This Blog

28 April 2013

Jom masak onde- onde @ Buah Melaka !! c:

Teringin nak makan kuih buah melaka @ onde2. Ntah macam mana ternampak pula gula melaka di jusco tadi. Hehe memang ada plan awal pon nak buat kuih ni...ala2 mengidam camtu hehe

Husband pula memang suka kan onde2 ni.Masa kawin dulu saya sendiri tak tahu onde2 apa, rupa2 nya buah melaka. Teringat dulu2 ade bertonyeh tonyeh cuma tentang nama kuih ni je hehe

Apa pun, tetap kuih yang sama!! Tetap lazat dimakan panas2 tapi opps jaga jgn sampai lidah melecur!! c:

Dan ini adalah kali pertama saya buat kuih sendiri tanpa roger emak kat telefon. Hehe bukan ler expert pon tapi buat kuih ni memang senang pon kan hehe


Bahan-Bahan

1/4 paket tepung pulut (~ gram camtu)
3 helai daun pandan dikisar (kemudian ditapis dan diambil airnya sahaja)
1-2 titis pewarna hijau
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)mengikut saiz dikehendaki
Kelapa parut putih (kene mintak kat orang kedai tu tak nak dgn tempurung sekali ye)
Secubit garam

Cara-cara

1. Didihkan air dalam periuk.
2. Sementara tunggu mendidih, mula gaul tepung pulut dengan air pandan: uli agak2 sampai tidak melekat kat tangan dan
boleh digentel/dibentuk
3. Masukkan 1-2 titis pewarna hijau.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
5. Letakkan gula melaka dan gentel lagi supaya menjadi bulat.
5. Kemudian terus masukkan kuih ke dalam air mendidih tadi
6. Onde2 masak apabila ia mula timbul. Angkat dengan penapis dan biarkan seketika supaya airnya ditos
7. Golekkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan secubit garam




Ini hasil onde2 mama qalesya, selama 1jam adik qalesya dibawah seliaan daddy and abang long ajim c:


Ini pula aksi abang long ajim sambil makan onde2 ..adik qalesya nengok je la..( " ,)

p/s: kami makan ber3 je, terus habis sekali makan hehe kembang pulak rasanya

** Ada resepi yang turut menggunakan tepung gandum, dalam beberapa sudu macam tu, ada juga yang tambah keledek yang direbus dan dilenyek hehe memang nyum2 ( ",)


Selamat mencuba :-)




No comments: