Pages

Translate

Search This Blog

15 February 2013

Bersunat orang perempuan @ Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Alhamdulillah..hari ni berjaya jugak akhirnya bawa adik bersunat (adik Qalesya sekarang umur 6bulan 1/2). Bukan sengaja mahu bertangguh, tapi masih belum sempat mencari mencari masa dan klinik yang sesuai. Sampaikan mak mertua sendiri pun da banyak kali bertanya bila nak sunatkan adik Qalesya tu, nnt makin besar malu la katanya..hehe betul juga kan?? ( " ,)

Pagi tadi adik demam, jadi saya dan suami memang sengaja mengambil cuti. Haa apa lagi memang sesuai la sunatkan adik terus.

Kami bawa adik ke klinik Dr Jammy Suzana di Nibong Tebal.Ya lah di penang, agak sukar hendak mencari klinik doktor Melayu( Islam) dan perempuan c:..

Ooh prosedurnya juga amat simple,dik pon langsung tak menangis. Erm pasni lau anak buah nak berkhatan, saya sendiri pon boleh buat juga rasanya haha.

Cuma kami tak bawa balik cebisan daging tu sebab terlalu sedikit. Tapi menurut dr suzana, ada juga parent yang minta bawa balik cebisan daging (jika tidak terlalu sedikit) untuk ditanam.. Oh ya, bagi bayi perempuan, sebaiknya jangan lewat sangat ya, sebab semasa bayi kulit dan dagingnya masih lembut, jadi lebih mudah dipotong dan cepat sembuh berbanding budak yang sudah besar c=

**p/s:masa stady dulu, buat sunat budak lelaki je..budak perempuan tak masuk silibus agaknya (" ,)

Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

untuk makluman lanjut:

credit kepada c: :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation

http://drzubaidi.com/blog/?p=1074

No comments: